
KUCHING – Wartawan perlu memainkan peranan dalam menyebar maklumat sahih dalam kalangan masyarakat.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kualiti kewartawanan dinilai berdasarkan tahap integriti yang tinggi.
“Wartawan sememangnya memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran awam,” ujar beliau.
Tambah beliau, wartawan akan terus dihormati sekiranya memiliki nilai integirit yang tinggi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Latihan Untuk Wartawan Sarawak di Hotel dan Pusat Konvensyen Raia pada Khamis.
Sementara itu, Abang Johari mengingatkan agar wartawan perlu lebih proaktif dalam menyediakan laporan tepat untuk mengelakkan penyebaran maklumat palsu.
“Pada masa kini, tiada lagi batasan penyebaran maklumat dan wartawan perlu melakukan dengan bijak supaya tiada pihak dapat memutar belit fakta,” kata beliau.







