Miri jadi tarikan utama destinasi penggemar sukan berbasikal – Sebastian Ting 

MIRI – Laluan berbasikal bertaraf antarabangsa di Miri adalah satu tarikan baharu yang pasti menarik minat penggemar sukan berbasikal dan pelancong. 

Selain itu, Miri juga semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menyajikan pelbagai aktiviti luar dan laluan berbasikal ini menambah lagi daya tarikannya.

Laluan berbasikal bertaraf antarabangsa yang sedang dibina di Miri ini sememangnya satu langkah besar dalam memperkukuh sektor pelancongan dan sukan di Sarawak. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mengumumkan laluan berbasikal tersebut sedang dalam fasa akhir pembinaan.

“Laluan ini dibina dengan kerjasama pakar luar negara dan merupakan sebahagian daripada projek Transformasi Luar Bandar (RTP), dengan kos sekitar RM7,000,” kata beliau. 

Menurut Sebastian, projek laluan berbasikal adalah sebahagian daripada usaha untuk mencipta sebuah taman yang lebih mesra rakyat di Miri.

Ujarnya lagi, antara kemudahan yang diumumkan ialah pembinaan bumbung gelanggang bola keranjang dengan peruntukan sebanyak RM420,000 akan dimulakan setelah siapnya Taman Botani. 

“Sebuah bangunan berbentuk heksagon serta gelanggang ‘pickleball’ juga telah siap dibina oleh syarikat tempatan memberi lebih banyak pilihan untuk pengunjung,” ujar beliau. 

Selain itu, jelas Sebastian lagi, sistem saliran yang sedang dibangunkan demi keselesaan dan keselamatan pengunjung di kawasan rekreasi ini. 

“Apabila semua kemudahan ini siap sepenuhnya, ia akan mewujudkan sebuah destinasi rekreasi yang bukan sahaja menarik, tetapi juga lengkap dan sempurna untuk kegunaan masyarakat Miri serta pelancong,” katanya. 

Tambah beliau, inisiatif seperti ini pastinya akan menjadikan Miri sebagai sebuah bandar yang lebih lestari dan aktif, dengan pelbagai pilihan untuk rakyatnya menikmati aktiviti luar yang sihat dan menyeronokkan.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik