Mindef akan pindahkan kumpulan pertama Malbatt di Lubnan berdasarkan situasi semasa negara itu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan akan melaksanakan pelan evakuasi (memindahkan) kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) yang berada di Lubnan sekiranya diperlukan mengikut situasi semasa di negara berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan evakuasi kumpulan Malbatt 850-12 itu akan dikordinasikan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) jika diperlukan.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa berhubung rapat dengan Unifil untuk memantau secara dekat berkenaan situasi di Lebanon.

“Anggota-anggota kita yang dihantar juga merupakan mereka yang terlatih,” lapor Kosmo! pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, ATM juga sentiasa memastikan trup pengaman Malbatt 850-12 sentiasa bersedia menghadapi sebarang misi atau tugas tanpa mengira situasi dan keadaan di sana.

Terdahulu, ATM mengesahkan enam anggota Malbatt 850-12 dilaporkan cedera dalam insiden letupan berdekatan Stadium Saida, Lubnan pada Khamis.

Menurut ATM, insiden letupan tersebut berlaku pada pukul 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

“Kejadian berlaku ketika pergerakan anggota Malbatt 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.

“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut, namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12,” katanya.

Sebelum ini, seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lubnan yang membawa misi Unifil.

Kumpulan itu terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Untuk rekod, Malbatt 850-12 mempunyai kekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta