Meta sahkan dakwaan wujud CIB di Facebook Perdana Menteri tidak benar – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan dakwaan wujudnya tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar, susulan pengesahan Meta bahawa semua akaun yang dikaitkan adalah tulen.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat induk Facebook itu mengesahkan kepadanya bahawa 263 akaun yang dilaporkan Malaysiakini sebagai tidak sahih sebenarnya adalah akaun pengguna tulen.

“Mesyuarat Kabinet turut membincangkan dakwaan yang dilaporkan Malaysiakini kononnya terdapat rangkaian 263 akaun terbabit dalam CIB di laman Facebook Perdana Menteri.

“Saya sudah membuat pengesahan dengan Meta dan mereka memaklumkan akaun-akaun itu tidak terbabit dalam sebarang aktiviti CIB.

“Analisis pasukan khas Meta yang memantau isu berkenaan juga mendapati tiada tindakan diambil,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan Meta tidak pernah menurunkan sebarang halaman Facebook milik Malaysiakini seperti yang didakwa portal tersebut.

“Meta juga memaklumkan tiada wakil Malaysiakini menghubungi mereka berhubung isu berkenaan. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga tidak menerima sebarang laporan mengenai dakwaan penurunan halaman portal terbabit,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Meta adalah sebuah syarikat yang mempunyai mekanisme pemantauan tersendiri dan menolak dakwaan CIB yang dilaporkan.

Ditanya mengenai ketulenan populariti Perdana Menteri di Facebook, beliau berkata, isu lebih penting adalah memastikan keselamatan pengguna media sosial, khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Semua platform media sosial tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun memiliki akaun. Namun, realitinya sistem pengesahan elektronik (eKYC) di platform berkenaan tidak dilaksanakan dengan baik.

“Bagi saya, penyelesaian isu keselamatan dalam talian, khususnya membabitkan kanak-kanak, adalah perkara yang paling utama,” tegasnya.

Sementara itu, mengenai dakwaan pengulas politik, Murray Hunter bahawa ulasannya berkaitan politik Malaysia dipadamkan atas arahan MCMC, Fahmi berkata, beliau akan menyemak perkara itu terlebih dahulu.

“Saya ingin menyemak dulu dengan pihak MCMC kerana setakat ini, saya tiada maklumat mengenainya. Jadi, saya tidak dapat mengesahkan perkara itu,” katanya.

Related Posts

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

KOTA KINABALU – Kerajaan memperluaskan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bertujuan memastikan penyaluran subsidi diesel lebih berkesan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja