Meta bakal terima lesen beroperasi di Malaysia

PUTRAJAYA – Selepas Wechat, TikTok dan Telegram, Meta Platforms Inc (Meta) pula bakal menerima lesen penyedia perkhidmatan internet dan media sosial yang membolehkan platform tersebut beroperasi di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Meta setakat semalam telah menghantar beberapa dokumen susulan untuk membuat pengesahan mengenai beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Jadi setakat ini, tiga platform telah menerima lesen iaitu WeChat, TikTok dan Telegram. Meta coming soon, very very soon. Lagi dua, Google yang mengusahakan YouTube dan X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC.

“Saya jangka proses tersebut berjalan dengan tertib dan lancar,” katanya pada Sidang Media Pasca Kabinet di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, mengenai penafian platform X tentang jumlah penggunanya yang tidak melebihi 8 juta pengguna, MCMC memerlukan sedikit masa untuk membuat proses pengesahan tentang kenyataan tersebut.

Jelasnya, YouTube, turut menafikan platformnya sebagai platform media sosial walaupun mempunyai sub-application yang dinamakan YouTube Shorts yang mana dari segi pengalaman pengguna ‘user experience’, ia mirip dengan TikTok dengan elemen-elemen perkongsian dan komen.

“Saya minta MCMC untuk meneruskan perbincangan dan kita berikan sedikit masa. Sebagai contoh, sekiranya pihak YouTube boleh menjelaskan berapa ramai pengguna mereka yang menggunakan aplikasi Shorts dan adakah mereka berhasrat untuk dalam tempoh yang tak terlalu lama, spin-off Shorts ini menjadi satu aplikasi yang berbeza.

“Ada yang melibatkan aspek teknikal tapi sudah pasti ada yang melibatkan aspek perancangan bagi platform-platform tersebut termasuk Google ataupun YouTube khususnya.

“Jadi kita berikan sedikit masa dan masa yang sama sekiranya ada apa-apa bahan, kandungan ataupun konten yang melanggar undang-undang yang dilihat pada waktu ini platform-platform itu masih boleh dihubungi untuk tindakan-tindakan diambil,” ujarnya.

Tambah Fahmi, MCMC juga akan meneliti jumlah pengguna berdaftar di platform LinkedIn bagi memastikan adakah ia layak dilabelkan sebagai media sosial dan perlu membuat permohonan lesen sama untuk beroperasi di Malaysia.

“Jadi saya telah minta supaya MCMC meneliti sama ada LinkedIn mempunyai jumlah pengguna di Malaysia lebih daripada 8 juta pengguna dan sekiranya perlu dan mereka juga ditakrifkan sebagai media sosial, maka mungkin kita akan berhubung dengan pihak LinkedIn nanti,” katanya.

Terdahulu, selepas TikTok dan Wechat, permohonan Telegram untuk mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan internet juga telah diluluskan pada Khamis lalu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula, ia dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

“Telegram, Tiktok dan Wechat sudah diluluskan. Bagi Meta masih ada beberapa dokumen yang perlu dihantar tapi kita jangkakan dalam masa terdekat ia akan selesai,” katanya.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas