Jangan terpedaya dengan muslihat dan mainan Pas – Mohamad Sabu

SEGALA tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh Pas hanyalah suatu sandiwara.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, berdasarkan pengalaman beliau berada dalam Pas selama 37 tahun, ‘fatwa’ politik parti itu juga didakwa boleh berubah bila-bila masa mengikut keadaan.

Justeru, beliau mengingatkan ahli Amanah dan umat Islam di negara ini agar tidak terpedaya lagi dengan permainan parti berkenaan.

“Saya bersama Pas lebih 37 tahun iaitu dari tahun 1978 hinggalah 2015.

“Kemudian saya memilih untuk bersama Amanah yang kita semua tahu, lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam Pas.

“Selama berada dalam Pas, saya diajar oleh ulamanya bahawa perbezaan antara Pas dan UMNO bukan setakat perbezaan politik tetapi ia telah sampai ke peringkat perbezaan akidah.

“Saya yang begitu cetek dalam pengajian agama telah mempercayai bulat-bulat hujah yang digunakan oleh ulama Pas ketika mengkafirkan UMNO.

“Pada waktu itu saya merasakan tiada hujah lain yang boleh mengatasi hujah ulama Pas sehingga hubungan saya dengan ahli keluarga saya yang pro-UMNO menjadi renggang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Mohamad, ahli-ahli Amanah atau umat Islam tidak perlu gusar dan rasa gelisah di atas tuduhan Pas kerana percaya, ia hanyalah bersifat semasa dan untuk kepentingan politik sahaja.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan