Media sosial pro pembangkang tiup api kebencian?

SEBUAH akaun media sosial dipercayai milik pro pembangkang seolah-olah sedang aktif meniupkan api permusuhan dan sentimen kebencian dengan memainkan isu 3R.

Dengan menggunakan nama K*p*k Utara, akaun Facebook itu seolah-olah beroperasi secara terancang, berorganisasi, dan menjadi stesen kejahatan pihak berkenaan.

Pemerhatian dalam tempoh tertentu mendapati bahawa akaun tersebut tidak henti-henti memaparkan hantaran jelik, memutarbelit fakta, mencipta isu, dan memfitnah.

Sasaran mereka bukan sekadar rakyat biasa bahkan juga institusi istana menggunakan kaedah tertentu seperti pemaparan gambar Raja-Raja Melayu bagi sesetengah isu.

Sungguhpun begitu, permasalahan yang paling banyak dinyalakan ialah api perkauman dengan menjadikan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai subjek kebencian.

Dalam setiap hantaran berkaitan perkauman, DAP dipertontonkan sebagai pihak yang wajib dimusuhi oleh orang Melayu Islam dengan tanggapan parti itu musuh Islam.

Walaupun banyak nasihat dan komen balas orang awam ke atas sesuatu paparan jelik itu, penyelenggara (admin) akaun media sosial itu tetap galak meneruskan ‘tugasnya’.

Pihak tersebut seolah-olah terangsang oleh komentar balas penyokong mereka, yang juga ‘boleh tahan’ dari segi keceloparan, ketaasuban, dan kedangkalannya.

Dalam isu sijil halal, umpamanya, digambarkan bahawa fokus utama kenyataan Teresa Kok ialah penentangan DAP terhadap peraturan Islam dan Islam seolah-olah terancam.

Malangnya, langsung tidak disebut bahawa sanggahan isu yang sama oleh Wee Jeck Seng, yang tersebar luar dalam pelbagai media berbahasa Cina.

Yang membimbangkan, K*p*k Utara turut menormalisasikan penggunaan bahasa kasar kepada masyarakat – memaki, mencarut, mengherdik, dan melabel pihak yang dibenci.

Perkara ini memusnahkan adab dan nilai murni yang diterapkan sistem pendidikan kita dan mengkhianati usaha guru-guru mendidik pelajar menjadi manusia yang berakhlak.

Perkembangan terkini menunjukkan netizen mula memberi perhatian kepada kebiadaban akaun tersebut dan mereka menggesa kerajaan bertindak tegas!

Gesaan itu tepat pada waktunya dan perlukan perhatian segera Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri sebelum api berkenaan menyambar tong petrol!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Hati nurani dalam pembinaan negara bangsa

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang dibentuk oleh jalan berdebu di Baling, jeriji besi penjara, dan pengalaman panjang memahami derita rakyat dari bawah. Negarawan yang melihat kuasa sebagai amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO