Menara telekomunikasi di KPM Air Molek bakal atasi masalah capaian internet

MELAKA – Satu menara telekomunikasi akan dibangunkan di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek setinggi 45 meter dan dijangka beroperasi November ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pelajar di kawasan itu dan penduduk sekitar.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, ia bagi menyelesaikan masalah telekomunikasi yang dihadapi berdasarkan laporan serta aduan dibuat penduduk.

“Ia seperti aduan yang diterima berkaitan kesukaran liputan rangkaian telefon dan capaian internet untuk berhubung seperti dialami oleh pelajar KPM Ayer Molek, justeru kita singgah ke lokasi untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Duyong di sini pada Selasa.

Terdahulu, beliau turut mengikuti Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular Siri Kedua di sekitar Melaka Tengah dan dihadiri Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka, Syed Isa Alsagoff serta turut melibatkan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile (TM), YES (YTL) dan U Mobile.

Pemantauan dilakukan kerajaan negeri melalui MCMC Melaka di kawasan dikenal pasti mempunyai liputan rendah ketika Program Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular.

Fairul Nizam berkata pada siri itu, ujian dilakukan di laluan utama antara daerah Melaka Tengah dan Jasin serta kawasan yang dikenal pasti mempunyai liputan rendah dan taburan penempatan yang ketara.

Tambah beliau, sepanjang ujian berkenaan yang meliputi jarak 70 kilometer membabitkan laluan Bukit Katil, Ayer Molek, Sungai Rambai, Merlimau, Telok Mas dan Duyong, sejumlah lima panggilan terputus direkodkan.

“Pihak penyedia perkhidmatan yang berkaitan telah diminta untuk mengambil tindakan segera dan seterusnya melaporkan kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan kepada MCMC,“ katanya.

  • Related Posts

    UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

    Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
    • FandiFandi
    • February 10, 2026

    SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

    Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

    UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

    UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

    Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

    • By Fandi
    • February 10, 2026
    Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

    Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

    Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

    SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

    SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

    Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

    Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang