Menang di negeri totok Pas, UMNO boleh berbangga – Puad Zarkashi

KEMENANGAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sewajarnya dibanggakan oleh UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bukan tanda angkuh tetapi sebagai pembakar semangat untuk bangkit dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, ini PRK pertama kerusi parti penyandang berjaya dirampas dan apatah lagi UMNO rampas kerusi Pas lawan tradisinya dalam politik bagaikan buku bertemu ruas.

“Sebelum ini yang menang di semua PRK ialah penyandang. Pulai dan Simpang Jeram (PAN), Kuala Kubu Baru (DAP) Kemaman (Pas) dan Sg Bakap (Pas).

“Menang di negeri totok Pas selama 34 tahun yang taksub dengan fatwa politik ekstrem memang cukup manis buat UMNO. Melayu masih sokong UMNO,” katanya di Facebook pada Ahad.

Tambah Mohd Puad, kemenangan di Nenggiri memberi mesej pada PMX supaya UMNO dilayan sebagai rakan strategik kerana UMNO penyumbang besar meraih sokongan Melayu.

“Dua momokan politik gagal di Nenggiri. Propaganda UMDAP dan memburukkan imej Zahid. Zahid tujuh kali datang berkempen. Utusan Malaysia malu kerana main isu ini.

“Tetapi Hadi lagi malu kerana tuduh UMNO nyanyuk. Kalau UMNO nyanyuk, pengundi Nenggiri lagi nyanyuk pilih BN. Tetapi Nenggiri tidak nyanyuk. ‘Ikut aku lah, undi aku’,” katanya.

Terdahulu, Mohd Azmawi menewaskan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail dengan memperoleh 9,112 undi berbanding Pas 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti 3,372 undi.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon Perikatan Nasional (PN).

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket Pas mewakili PN dengan majoriti 810 undi.

Related Posts

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

ALOR SETAR: Lima formula ‘ABCDE’ yang digunakan dalam lima pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini terbukti membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) boleh digunakan untuk merampas Kedah. Ahli Majlis Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan heret anak muda dalam kancah politik sempit

DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihati semua pihak agar tidak mengheret golongan muda di negara ini ke dalam pergeseran politik sempit dan perbalahan antara kaum. Perdana Menteri menegaskan, anak muda perlu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu