Kerjasama ekonomi Malaysia-India lebih besar melalui BRICS

KUALA LUMPUR – Penyertaan Malaysia dalam BRICS, di samping kehadiran kukuh India dalam perkumpulan itu akan menyediakan peluang besar kepada kedua negara dalam kerjasama ekonomi menerusi platform perdagangan berkenaan.

Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN-India (Malaysia) (AIBC), K Ramesh berkata, kemasukan Malaysia sebagai anggota BRICS akan memberikan kelebihan strategik dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dengan India.

Dia berkata, sebagai anggota BRICS di samping memiliki kepentingan bersama di rantau Indo-Pasifik, akan menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan dan pelaburan penting di rantau ini.

“India sudahpun menjadi anggota penting BRICS. Keanggotaan Malaysia dalam perkumpulan itu memberikan peluang berharga bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan platform ini bagi manfaat bersama.

“Kerjasama diperkukuh dalam BRICS akan membolehkan Malaysia meningkatkan penglibatan ekonominya dengan India dan memanfaatkan perkongsian strategik ini,” katanya kepada Bernama.

Ramesh berkata demikian sebagai mengulas mengenai jangkaan perbincangan penting antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin India semasa lawatan rasmi ke negara itu yang dijadualkan bulan ini.

Pada 18 Jun lalu, Anwar mengesahkan bahawa beliau telah menyatakan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang pesat membangun yang pada mulanya terdiri dari Brazil, Rusia, India dan China, dengan Afrika Selatan menyertainya pada 2010.

Related Posts

Pelaburan digital Malaysia terus melonjak kepada RM16.2 bilion

GEORGE TOWN – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju digital serantau apabila mencatat jumlah pelaburan digital yang diluluskan di bawah Inisiatif Malaysia Digital (MD) sebanyak RM16.2 bilion bagi tempoh Januari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sidang Khas Parlimen bincang isu tarif AS

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sidang khas Parlimen yang akan diadakan pada 5 Mei ini bagi menjelaskan langkah-langkah yang diambil kerajaan berhubung isu kenaikan tarif yang diumumkan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif