Abang Johari terima anugerah The Great ASEAN Distinguished Leadership Excellence Award

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dianugerahkan The Great ASEAN Distinguished Leadership Excellence Award.

Difahamkan anugerah tersebut merupakan anugerah berprestij daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific dan ASEAN Economic Club.

Selain itu, anugerah itu juga sebagai pengiktirafan kepada individu luar biasa dari ASEAN yang menyumbang dalam memajukan pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi serantau.

Dalam ucapan ketika menerima anugerah berprestij itu, Abang Johari sangat berbesar hati kerana menerima anugerah ini dan dapat berada dalam kalangan individu luar biasa.

“Usaha Kerajaan Sarawak pada masa kini adalah mentransformasikan ekonomi negeri berasaskan sumber tenaga boleh diperbaharui,” kata Abang Johari.

Menurut Abang Johari, beliau yakin sumber tenaga boleh diperbaharui merupakan asas paling penting dalam apa-apa jua aktiviti ekonomi.

“Sarawak sangat komited dalam membangunkan tenaga bersih yang terdiri daripada tenaga hidro dan turbin gas menjelang 2030,” ujar beliau lagi.

Menariknya, penyampaian anugerah berprestij itu disampaikan oleh Pengerusi KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Majid Khan dan Presiden KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Tan Sri Michael Yeoh.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau