Melaka salur bantuan segera RM300 bantu mangsa banjir

ALOR GAJAH – Kerajaan Melaka akan menyalurkan bantuan segera RM300 kepada mangsa banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah disini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusuh berkata, bantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas dan menyeru kepada mangsa terlibat supaya segera mendaftar.

“Saya telah melawat mangsa banjir di PPS bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Lendu dan berikan sokongan kepada mangsa yang terjejas supaya bertenang dan bersabar, kerajaan negeri akan bantu selesaikan masalah banjir di Masjid Tanah ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Difahamkan mangsa banjir yang terjejas adalah di kawasan pekan Masjid Tanah, Taman Masjid Tanah Ria dan Taman Bandar Baru Masjid Tanah.

Tambah beliau, kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka cukup terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku di Masjid Tanah hari ini di mana banyak keluarga yang terkesan akibat tragedi ini.

Sebanyak 248 mangsa banjir setakat ini daripada 14 kawasan terjejas telah dipindahkan ke lima PPS sejak petang Ahad berikutan hujan lebat berterusan yang melanda pada sebelah pagi.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu