Dua remaja dilaporkan hilang, dijumpai semula

PENAMPANG – Dua remaja yang dilaporkan hilang pada 8 Ogos telah dijumpai dalam keadaan yang baik tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Sammy Newton berkata, pada 9 Ogos Nicholas Chee Ping remaja berusia 13 tahun itu telah kembali sendiri ke kediamannya manakala Rezlo Mic Fadden, 15 tahun telah hadir menyerah diri Balai Polis Penampang pada 10 Ogos.

Pihak polis meminta orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih di media sosial yang hanya boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Pihak polis juga telah terkesan satu rakaman suara berdurasi 32 saat mengenai kehilangaan kanak-kanak tular di media sosial dan menegaskan bahawa kes kanak-kanak hilang bersabit laporan Putatan/3832/2024 adalah tiada kaitan sama sekali,” katanya dalam siaran media Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang yang dimuat naik di laman Facebook rasmi pada Sabtu.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengawasi setiap gerak-geri dan pergaulan anak di bawa jagaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN