Melaka komited segerakan projek rumah mampu milik

JASIN – Kerajaan Negeri Melaka komited teruskan pembangunan Perumahan Mampu Milik sekali gus mengekalkan status sebagai negeri menyediakan rumah pada harga rendah dan mampu milik.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berdasarkan laporan suku ketiga tahun lepas oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata sebuah rumah di Melaka ialah RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional.

“Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) di Melaka mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dan ia menjadi agenda pembangunan penting di bawah kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri sejajar dengan hasrat kerajaan pusat iaitu meringankan bebanan kehidupan rakyat dan menambah pembangunan projek perumahan.

“Sebagai contoh, menerusi kerjasama dengan pemaju Parkland Group, hasrat kerajaan negeri untuk memastikan setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan B40 dan M40 dapat memiliki kediaman sendiri melibatkan pembinaan hampir 800 Rumah Bahagia dan Rumah Impian B di Bandar Botanikal Parkland di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pembukaan Lebuh Jasin Selatan, Jalan Jasin Selatan-Bukit Kajang, Taman Rekreasi Bandar Parkland dan Penyerahan Gerai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Mengulas lanjut, beliau berkata projek Bandar Botanikal Parkland berkenaan dilengkapi dengan infrastruktur lain seperti Lebuh Jasin Selatan melibatkan jarak 4.17 kilometer (km) dengan kos berjumlah RM100 juta yang dibiayai Parkland Group (84.46 peratus) manakala Scientex (15.54 peratus).

Katanya lebuh raya itu dapat memendekkan jarak perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan dari Tol Lipat Kajang Jasin ke Bandar Jasin kira-kira 11.1 km dengan purata masa selama tujuh minit berbanding 30 minit sebelum ini.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan