Empat remaja Orang Asli cemerlang SPM dipilih anak angkat Menteri Besar

KOTA TINGGI – Empat remaja Orang Asli dari Kampung Orang Asli Sungai Layau, dianggap bertuah apabila terpilih menjadi anak angkat di bawah Pejabat Menteri Besar Johor.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempena Karnival Kebudayaan Orang Asli Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 di Kampung Orang Asli Sungai Layau, di sini, kelmarin.

Menurut beliau, empat orang anak angkat itu terpilih sebagai bukti penghargaan daripada kerajaan negeri terhadap usaha mereka dalam pembelajaran sehingga berjaya mencapai keputusan cemerlang pada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Selain diisytihar sebagai anak angkat, kesemua mereka Muhammad Adam Naufal Mohd Nasir yang meraih 11A, Nur Aqilah Muhammad (8A), Nur Hazirah Irdina Hafizun (7A) dan Munzer Ahamad Fuad A Rahim (6A) turut menerima sumbangan wang tunai disampaikan sendiri oleh Onn Hafiz.

Menurut Onn Hafiz, inisiatif murni berkenaan akan membolehkan mereka menerima sokongan daripada segi bantuan pendidikan untuk meneruskan pengajian ke menara gading termasuk beberapa inisiatif tambahan yang akan dibincangkan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri kelak.

“Usaha ini secara tidak langsung mencerminkan keutamaan diberikan Kerajaan Johor terhadap aspek pendidikan tanpa mengabaikan masyarakat orang asli di 60 kampung etnik itu yang terdapat di negeri ini.

“Selain itu, kejayaan mereka juga adalah bukti bahawa masyarakat Orang Asli juga mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Program Anak Angkat Orang Asli bagi memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan anak-anak ini terjaga.

“Semoga usaha ini menjadi dapat mempromosikan, memartabatkan budaya dan memelihara tradisi tempatan serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan Bangsa Johor tanpa mengira agama, bangsa, adat dan budaya,” katanya.

Related Posts

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?