MCMC siasat enam individu muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat enam individu yang disyaki memuat naik kandungan palsu dan jelik, melibatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja di Facebook.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan pihaknya telah menyiasat seorang suspek yang didakwa memuat naik kandungan palsu mengenai Majlis Mesyuarat Raja-raja.

Analisis forensik akan dijalankan ke atas telefon pintar dan satu kad SIM yang dirampas berhubung kes itu.

MCMC akan menyoal siasat seorang lagi suspek pada esok dengan kerjasama Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USTJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MCMC berkata, operasi pemeriksaan bagi lain-lain kes di Sungai Petani, Kota Bharu, Kerian, dan Teluk Intan juga akan dipanggil untuk disoal siasat dalam empat siasatan berasingan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan dan aplikasi dalam talian untuk memuat naik maklumat palsu atau mengelirukan yang boleh menyebabkan panik dan kesusahan.

“Berhati-hati dengan kandungan yang dimanipulasi, dan sentiasa sahkan fakta dan semak silang dengan sumber yang dipercayai sebelum berkongsi sebarang maklumat,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi