Sambutan Thaipusam: Lebih 300,000 dijangka hadir meriahkan hingga Rabu

IPOH – Sempena sambutan Hari Thaipusam peringkat negeri Perak bermula hari ini sehingga Rabu, dijangkakan lebih 300,000 penganut Hindu termasuk pelancong membanjiri pekarangan Kuil Kallumalai Arulmigu Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, di sini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang bagi memastikan pergerakan perayaan berjalan lancar.

Ekoran itu, ujarnya, seramai 567 anggota serta pegawai ditugaskan untuk mengawal dan menjaga keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perayaan tersebut berlangsung.

“Para pengunjung harus mematuhi segala peraturan dan undang-undang sepanjang sambutan ini bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Pihak pengurusan kuil, masyarakat beragama Hindu serta pengunjung diminta juga untuk memberikan kerjasama kepada PDRM demi kelancaran sambutan,” katanya dalam sidang media High Profile Policing (HPP) PDRM Perak di kuil tersebut, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, melalui program HPP ini, warga Polis Perak menyantuni dan beramah mesra, memberi nasihat berkaitan keselamatan, selain mengedarkan beg cenderahati yang mengandungi risalah keselamatan, air minuman dan buah kepada pengunjung yang hadir.

“Pihak polis juga turut mendirikan khemah Thanner Panthal sebagai sebahagian inisiatif menyantuni masyarakat Hindu.

“Ia dikendalikan oleh 75 pegawai, anggota dan kakitangan awam Polis Perak beragama Hindu.

“Kita juga menyediakan 6,000 bungkusan makanan serta 14,000 minuman secara percuma untuk diberikan kepada pengunjung sejak 10 Februari lalu,” kata Zulkafli.

Related Posts

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

MIRI – Kawasan pesisir pantai Miri mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama negara setanding dengan bandar pesisir terkenal seperti Kota Kinabalu, Port Dickson dan Langkawi. Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac