MCMC rakam keterangan pegawai khidmat pelanggan muat naik kandungan rasis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Khamis telah merakamkan kenyataan pegawai perkhidmatan pelanggan yang dipercayai memuat naik kandungan melampau menyentuh sensitiviti kaum menerusi aplikasi media sosial X.

Sesi rakaman itu dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebuah telefon pintar dan kad sim milik lelaki berkenaan disita bagi tujuan analisis forensik.

“Rakaman percakapan suspek juga diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields bagi membantu siasatan,” kata MCMC menerusi kenyataan itu pada Khamis.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Justeru, MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan elemen 3R di media sosial dan aplikasi pemesejan.

Terdahulu, pada Selalu, Pejabat Menteri Perpaduan Negara telah membuat laporan kepada MCMC terhadap pengguna X berhubung kenyataan berbaur perkauman dan provokatif di media sosial.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihaknya berharap individu berkenaan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Posts

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan RM100,000 kepada pasukan Alam Shah Wind Orchestra (ASWO) sebagai sokongan bagi persediaan mereka menyertai World Music Contest 2026 di Kerkrade, Belanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap