MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada Selasa lalu.

Operasi berkenaan diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan MBSP serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara.

Pegawai Kesihatan MBSP melakukan pemeriksaan di premis nasi kandar terbabit dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada Selasa lalu.

MBSP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa premis berkenaan dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Akta Makanan 1983 selepas tahap kebersihan didapati berada pada paras membimbangkan.

“Sebanyak satu kompaun berjumlah RM1,000 turut dikenakan atas kesalahan kebersihan di bawah akta yang sama.

“Selain itu, premis tersebut turut dikenakan satu lagi kompaun RM1,000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana gagal memasang perangkap minyak yang boleh mencemarkan sistem perparitan awam,” menurut kenyataan MBSP menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, dua lagi kompaun masing-masing bernilai RM1,000 turut dikeluarkan bersama dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam serta kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi bersepadu ini merupakan bukti komitmen pihak berkuasa dalam memastikan aspek kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang sentiasa diberi keutamaan di premis makanan.

“MBSP akan terus memperhebatkan tindakan penguatkuasaan demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan orang ramai tidak terjejas,” tambah kenyataan tersebut.

MBSP turut mengingatkan semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan sedia ada dan memastikan premis berada dalam keadaan bersih, selamat serta mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang