Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penjenayah bersenjata yang ditembak mati di Jalan Lintang Bukit Jambul, semalam.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, suspek yang berusia 35 tahun itu dipercayai merupakan ketua kumpulan penjenayah yang aktif melakukan pelbagai jenayah.

“Kes ini buat masa ini telah selesai, namun risikan sedang diperkemaskan bagi mengenal pasti dan menjejaki saki baki anggota sindiket yang masih bebas.

“Suspek yang ditembak semalam merupakan ketua penjenayah geng tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 pagi semalam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang yang sedang menjalankan operasi cegah jenayah telah menahan sebuah kereta BMW yang dipandu suspek.

Namun, suspek bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis setelah mereka memperkenalkan diri.

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai sebanyak 34 rekod jenayah dan dadah, menjadikannya antara individu paling dikehendaki di negeri ini.

Related Posts

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

KANGAR – Tindakan pantas polis dalam satu operasi di Jalan KTMB, Padang Besar pada Isnin lalu berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis syabu seberat 98.73 kilogram bernilai RM4.9 juta yang dipercayai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026