MBS seru belia Sabah turun mengundi dengan ilmu, kesedaran dan keinsafan

KOTA KINABALU – Menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan (DU) Sabah, Majlis Belia Sabah (MBS) menyeru golongan muda di negeri ini agar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan penuh ilmu, kesedaran dan keinsafan.

Timbalan Presiden MBS, Mohd Nur Hilmie Milus berkata, belia perlu meneliti setiap tawaran manifesto yang dikemukakan calon dan parti politik sebelum membuat keputusan di peti undi.

“Teliti tawaran manifesto setiap calon dan parti, nilai keupayaan serta keikhlasan mereka dalam membela rakyat.

“Jangan memilih berasaskan emosi, kebencian atau janji kosong dan jangan sesekali membiarkan undi dijual dengan harga wang ringgit,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Katanya, belia Sabah harus beringat bahawa pemimpin berkualiti hanya akan lahir daripada rakyat yang berkualiti yakni rakyat yang memilih dengan akal bukan dengan poket.

Jelas Hilmie, Sabah tidak akan maju dengan mentaliti ‘asal dapat,’ tetapi dengan keberanian memilih yang benar dan berprinsip.

“Perubahan sebenar bukan sekadar slogan di atas pentas atau papan gergasi, tetapi tindakan berani dan waras di peti undi.

”MBS sekali lagi mengajak generasi belia Sabah untuk bangkit dan menyertai pesta demokrasi ini dengan budaya politik yang sihat, matang dan bertanggungjawab.

“Hal ini kerana masa depan tanah air ini tidak boleh dibeli, tetapi mesti dibina bersama-sama,” ujarnya.

Seruan itu dibuat MBS memandangkan lebih kurang 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi adalah daripada kalangan belia yang layak mengundi pada PRU17 DU Sabah ini.

Tambahnya, angka itu jelas menunjukkan bahawa belia merupakan kumpulan penentu kepada arah tuju kepimpinan dan masa depan Sabah.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16