‘Kali ini berbeza,’ PH kini sebahagian tonggak Kerajaan MADANI – Mustapha

SANDAKAN – “Kali ini berbeza,” kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, merujuk kepada landskap politik negeri kini sudah berubah apabila Pakatan Harapan (PH) menjadi sebahagian daripada tonggak Kerajaan MADANI di peringkat pusat.

Menurutnya, perubahan itu memberi kelebihan kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan (DU) Gum-Gum dan Karamunting untuk memilih calon yang mampu menjadi wakil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Sabah.

“Dulu kita pembangkang, jadi mungkin ramai yang was-was dengan calon kita. Tapi sekarang berbeza, kita adalah sebahagian daripada kerajaan di pusat.

“Kita mahu tampilkan calon yang benar-benar boleh membawa suara rakyat Sabah ke peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pada program siri kedua Jelajah Harapan Urang Sabah di Persatuan Perikanan Tongkang Sandakan, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, perjuangan menuntut hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berasaskan formula yang jelas hasil rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Kita semua bersetuju supaya apa yang termaktub dalam MA63 dilaksanakan, tapi persoalannya ialah bagaimana formulanya.

“Formula itu perlu ditentukan terlebih dahulu dan dibincangkan dengan kerajaan pusat,” katanya.

Jelas beliau, setelah formula dipersetujui, pelaksanaan juga perlu dibuat secara teliti supaya peruntukan diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

“Mungkin tidak dapat sekaligus, tapi secara bertahap. Yang penting, bila dapat peruntukan itu, ia dibelanjakan dengan berhemah dan sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Mustapha turut mencadangkan supaya satu tabung khas diwujudkan bagi mengurus dana 40 peratus hasil Sabah secara lebih telus dan digunakan untuk keperluan utama seperti pendidikan dan infrastruktur asas.

“Kita perlu baiki sekolah-sekolah daif dan pastikan dana digunakan secara spesifik.

“Kalau boleh, perkara ini dibincangkan dalam DU Sabah supaya wakil rakyat kita dapat memberi pandangan tentang penggunaannya,” katanya.

Menurut Mustapha, pelaksanaan MA63 bukan sekadar soal tuntutan peratusan hasil, tetapi lebih kepada memastikan rakyat Sabah benar-benar merasai manfaatnya terutama dalam meningkatkan taraf hidup dan pendidikan anak-anak mereka.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16