MBOR iktiraf World Clean Up Day 2024 anjuran MBK

KUANTAN – Pengumpulan 16,357.46 kilogram (kg) sampah sarap sepanjang 70.960 kilometer (km) di pesisir Pantai Chendor sehingga Pantai Ceruk Paloh mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Jumlah kutipan sampah sebanyak itu berjaya dikumpulkan di 17 lokasi pantai di daerah ini dengan penglibatan seramai 13,253 peserta, anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sempena sambutan World Clean Up Day 2024 di seluruh negara.

Rekod ‘Longest Coastal Clean-Up’ tersebut diserahkan oleh Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor kepada Datuk Bandar Kuantan, Datuk Razihan Adzharuddin.

Razihan berkata, program yang diadakan itu bertujuan mewujudkan persekitaran pantai bersih, ceria dan selamat dikunjungi.

Menurutnya, ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan perairan pantai di daerah ini.

“Kita akan terus pertingkatkan lagi kesedaran kepada penduduk di Kuantan supaya (mereka) faham (menjaga kebersihan) kerana pantai ini adalah hak milik atau aset bersama.

“Hari ini, lebih 13,000 peserta, insya-ALLAH pada masa akan datang jika ada penganjuran sama, kita minta lebih ramai peserta terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Ahad.

Razihan memberitahu semua pihak termasuk sektor kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sukarelawan, peniaga, pelajar dan masyarakat perlu bekerjasama dalam usaha memelihara pantai.

Jelasnya, program itu mendidik semua pihak betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan menerapkan nilai cinta alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun