Kewibawaan calon BN mampu ‘bunuh’ tuduhan surat layang – Wan Rosdy

KLUANG – Ketokohan dan kewibawaan calon muda Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mampu ‘membunuh’ sekali gus memadam tuduhan yang dilempar musuh politik menerusi surat layang yang diedar kepada pengundi Cina di kawasan itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau sangat yakin dan optimis pengundi di DUN Mahkota khususnya masyarakat Cina bijak menilai kebaikan parti UMNO dan Syed Hussien sebagai seorang anak muda bertokoh, berpelajaran bahkan diterima oleh sebahagian besar pengundi di Mahkota.

“Jadi kita percaya dan yakin pengundi-pengundi akan dapat menilai kerana UMNO ini bukan sebuah parti yang baharu dan mereka boleh menilai begitu juga dengan pemimpin UMNO.

“Bahkan melalui calon kita (Syed Hussien). Boleh tengok calon kita, seorang anak muda bertokoh, berpelajaran dan diterima oleh sebahagian besar pengundi di sini (Mahkota) dan beliau juga sangat disenangi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ziarah Kasih di Kampung Bentong Luar pada Ahad.

Justeru, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menyeru kepada semua pengundi DUN Mahkota agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang disebar dalam kandungan surat layang berkenaan.

Dalam terjemahan surat layang itu pengundi Cina digesa supaya tidak undi BN dalam PRK Mahkota agar memberi pengajaran kepada UMNO yang didakwa sombong sekali gus untuk semak dan imbang dalam Kerajaan Negeri Johor.

Susulan sebaran surat layang berkenaan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang juga ahli DAP meminta pihak penyebar surat layang berkenaan menghentikan gerakan tidak berdemokrasi itu.

Sementara itu, Wan Rosdy juga menyatakan isu surat layang adalah perkara lumrah dalam mana-mana kempen pilihan raya.

“Sebenarnya surat layang ini sesiapa boleh buat tuduhan dan tohmahan tapi kita jangan percayalah. Ini (surat layang) adalah propaganda semasa kita berkempen namun apa yang penting hakikatnya UMNO tidak begitu (sombong seperti didakwa)… UMNO adalah parti yang turun ke bawah ke akar umbi untuk membantu rakyat.

“Jadi berkenaan surat layang ini, saya menyeru kepada semua pengundi jangan terpengaruh dengan surat layang ini kerana surat layang ini siapa-siapa pun boleh buat.

“Kalau perkara itu betul, mengapa harus dibuat surat layang? Cakaplah cara terbuka, ini mereka hanya ingin menonjolkan persepsi supaya ada sentimen pengundi kepada calon BN dan ini taktik lama merekalah.

“Tapi kita UMNO lain (pendekatan), kita UMNO beritahu kepada penggundi apa yang kita boleh buat, apa yang kita tawarkan kalau calon kita menang. Apa yang dia boleh bantu di sini (Mahkota) dan sebagainya. Berbeza dengan mereka, saya harap pengundi boleh melihat perbezaan,” ujar Wan Rosdy.

Perkembangan lain, beliau enggan mengulas berkenaan desakan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan menyelesaikan pertikaian undang-undang antara mereka secara baik.

Gesaan itu susulan keputusan Jemaah Menteri baru-baru ini tidak mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran yang selaras Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan