Penyelewengan minyak petrol berulang di Padang Besar ditumpaskan

PADANG BESAR – Kegiatan penyelewengan minyak petrol di lokasi yang berulang ditumpaskan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis melalui Ops Tiris 3.0, semlaam.

Pengarah KPDN Perlis, Hasbullah Abd. Rashid berkata, serbuan dilakukan pada jam 12.20 tengah hari di sebuah setor di Padang Besar yang dipercayai menjadi lokasi utama aktiviti haram tersebut.

“Sebanyak tujuh anggota penguat kuasa dari KPDN Perlis terlibat dalam operasi ini, yang merupakan hasil risikan sejak beberapa minggu lalu.

“Semasa serbuan, setor tersebut didapati tidak berpenghuni, namun pihak penguat kuasa menemui sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran Malaysia,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, kenderaan tersebut telah diubah suai dengan tiga unit tangki tambahan dipercayai digunakan untuk menyimpan bahan api petrol secara haram.

Menurut Hasbullah, selain itu, lima unit tong drum yang berisi kira-kira 600 liter petrol serta satu set pam penyedut minyak dan paip turut dijumpai di lokasi.

“Kesemua barangan tersebut, termasuk kenderaan dan peralatan, dirampas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM29,390 dengan nilai rampasan petrol sahaja bernilai RM1,230,” jelasnya

Tegasnya, KPDN Perlis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan