MB Johor arah buru pelaku pencemaran sungai hingga dapat

JOHOR BAHRU – Susulan isu pencemaran bau kimia baru-baru ini, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seluruh insiden berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan individu yang terlibat dalam kejadian pencemaran kimia di negeri ini ditangkap dan seterusnya diambil tindakan tegas.

“Saya telah mengarahkan dan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran ini sebaik mungkin.

“Saya amat berharap agar isu ini tidak berulang lagi. Saya mohon agar pengusaha perindustrian dan orang ramai dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan kualiti persekitaran kita.

“Semua ini penting bagi memastikan kesejahteraan bersama, melindungi kesihatan awam dan memelihara alam sekitar kita untuk generasi akan datang,” ujarnya dalam hantaran terbaharu Facebook miliknya hari ini.

Pihaknya dimaklumkan siasatan sudah dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melalui Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).

Katanya, siasatan itu bagi mengenal pasti sisa bahan kimia yang terkandung dalam sampel air tercemar sekaligus membendung isu pencemaran daripada terus merebak.

Beliau dalam pada itu mengakui turut menerima aduan berkaitan pencemaran bau di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru.

“Saya telah melakukan lawatan ke lokasi yang berkenaan bagi melihat sendiri situasi sebenar dan menilai tahap pencemaran berlaku,” katanya.

Selasa lalu, beberapa kawasan di Bandaraya Johor Bahru dilanda pencemaran bau kimia yang menyebabkan penduduk khususnya di Kampung Melayu Pandan merasa loya dan pening.

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Pencemaran terbaharu dikesan lagi Jumaat lalu di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya manakala semalam pula pencemaran dikesan di Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi dan di Sungai Skudai, Skudai, Johor Bahru.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM