Mayor’s Walk acara tahunan mengujakan warga Kuching – Wee Hong Seng

KUCHING – Hujan lebat semenjak 6 pagi tidak mematahkan semangat warga Kuching untuk turun menyertai aktiviti hujung minggu bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi acara Mayor’s Walk.

Seramai 10,000 orang peserta berjaya mendaftar melalui aplikasi iPeople untuk menyertai acara ini.

Selain Datuk Bandar MBKS, Datuk Wee Hong Seng, acara turut dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Acara ini merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat tempatan.

Mereka yang berjaya mendaftar melalui aplikasi tersebut akan memperoleh baju kemeja-t percuma daripada MBKS.

Wee berharap ia bukan sahaja mampu memberi kesedaran berkenaan pentingnya senaman tetapi turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

“Sebagai Datuk Bandar, sudah pasti menjadi cabaran saya mengumpul orang ramai dalam jumlah yang besar.

“Maka melalui sokongan ini, saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Wee juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kuching baik penduduk tinggal di kawasan MBKS mahupun DBKU atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

“Walaupun hujan lebat, anda tetap bersemangat menyokong acara ini,” katanya sebelum meneruskan acara jalan bersama-sama jemputan yang lain.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis