Anak jati Saratok hadiahkan emas pertama acara petanque

SANTUBONG – Balingan kemas dan tepat atlet petanque Sarawak Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahuddin dalam acara ‘shooting’ wanita membolehkannya memahat nama dalam sejarah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas memenangi pingat emas pertama bagi kategoti itu buat kontijen Sarawak dalam temasya sukan edisi ke-21 itu hari ini.

Atlet yang berusia 18 tahun ini merupakan anak jati Saratok dan mewakili kontinjen Sarawak dalam acara petanque ini bersama-sama abangnya, Abang Mohammad Muizzuddin Abang Misbahuddin.

Pingat emas yang diperoleh pada hari ini merupakan emas sulung kontinjen Sarawak untuk acara petanque pada temasya sukan dwitahunan berkenaan sekali gus menamatkan kemarau lapan tahun pingat emas petanque Sarawak.

Pada saingan terakhir yang berlangsung di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, Nurulnuhaa, bagaimanapun, tidak menang dengan mudah apabila mendapat tentangan yang sengit serta saling berkejaran mata dengan wakil Wilayah Persekutuan Nur Arissa Qasreena Ratinan dalam disiplin satu dan dua.

Namun, Nurulnuhaa bangkit memperkemaskan balingan pada disiplin ketiga dan kelima sekali gus berjaya menundukkan wakil Wilayah Persekutuan Nur Arissa dengan skor 29-27 dan menghadiahkan pingat emas untuk Sarawak.

“Sebenarnya kami tidak sangka dapat emas dalam acara shooting wanita sebab sasar untuk acara lain.

“Ini juga emas pertama Sarawak dalam petanque selepas edisi 2016 yang kita dapat dalam acara ‘triples’. Ini sememangnya luar daripada jangkaan kami,” kata jurulatih petanque Sarawak Mohamad Ahir Binar.

Sementara itu, dalam penentuan pingat gangsa pula menyaksikan wakil Johor, Norissyakila Mohamed Sani menewaskan atlet tuan rumah Fatin Raifana Abdul Rahman dalam skor 29-26.

Petanque merupakan sukan yang memerlukan ketepatan dan fokus yang tinggi ini menawarkan keseluruhan 13 pingat emas sepanjang tujuh hari pertandingan yang bermula semalam.

Related Posts

Sabah FC sokong usaha perkasa ekosistem Liga Malaysia

KOTA KINABALU – Sabah FC menyokong segala usaha ke arah penambahbaikan ekosistem liga dan komited memainkan peranan secara profesional demi kepentingan bersama. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Sabah Football Club,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maguire kekal di United semusim lagi

PERTAHANAN tengah Manchester United, Harry Maguire terus kekal di Old Trafford sekurang-kurangnya untuk semusim lagi selepas menandatangani kontrak lanjutan baharu selama setahun. Pemain England berusia 33 tahun itu sebelum ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis