Polis terima 28 laporan berkait 3R terhadap Muhyiddin

KUANTAN – Polis menerima 28 laporan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan, baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, kami menerima 28 laporan yang dibuat di seluruh Pahang dan kertas siasatan akan dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas perdana menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Related Posts

Kenapa Azam Baki mahu dibenam?

PERSOALANNYA mudah. Kenapa bila SPRM mula “menyental” penjenayah rasuah tanpa pilih bulu, tiba-tiba muncul peluru dari luar negara? Kenapa setiap kali jerung mula dipancing, ada sahaja gelombang yang cuba memutuskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Tingkat martabat dan sahsiah diri menjelang Ramadan – PMX

Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

  • By Fandi
  • February 14, 2026
Terry Pernell kagum keindahan, keramahan penduduk Sandakan

150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
150 keluarga Kudat, Labuan terima pek perayaan Yayasan Petronas sempena Tahun Baharu Cina

KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

  • By Ezmie
  • February 14, 2026
Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang

Lebih RM700,000 disediakan untuk imarah Ramadan di Pahang