Mayat kanak-kanak 4 tahun hanyut di Tawau ditemukan

TAWAU – Kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun yang dipercayai hanyut semasa menyeberang sungai ditemui lemas di Kampung Ranggu Batu 8 Jalan Apas Tawau, di sini, pada Sabtu. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, mayat Putri Jimar ditemui orang awam pada pukul 8 pagi dengan jarak 800 meter dari lokasi mangsa hanyut. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi bermula 6.50 pagi dengan kekuatan anggota seramai enam orang bersama agensi lain serta dibantu orang awam setelah ditangguhkan semalam (Jumaat).

“Mangsa ditemui meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara operasi ditamatkan pukul 8.30 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Pada Jumaat, media melaporkan Puteri Jimar dikhuatiri hanyut selepas menyeberang sungai di Kampung Ranggu bersama bapanya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan