Kuskop bincang MOF salur baki peruntukan RM10j fasa kedua bina lebih banyak Tamu Desa Sabah, Sarawak

SIPITANG – Bagi pelaksanaan fasa kedua Premis Tamu Desa, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk penyaluran peruntukan baki RM10 juta bagi membina lebih banyak premis Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, kemudahan premis Tamu Desa yang disediakan kerajaan melalui Kuskop memberi manfaat besar kepada para peniaga kecil-kecilan di kawasan luar bandar.

“Antara Tamu Desa yang siap di kawasan Sipitang dan Kuala Penyu ialah Tamu Desa Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah dan Tamu Desa Bazar Monsoi Point Kuala Penyu.

“Saya berharap dengan siapnya pembinaan Tamu Desa di kedua-dua daerah ini akan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada para peniaga kecil-kecilan dan juga para pengunjung.

“Bagi Tamu Desa di Sipitang, ia bukan hanya dikunjungi para pelanggan tempatan tetapi pengunjung luar dari Lawas Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesian yang melancong ke sini.

“Ini merupakan satu daripada 49 projek Premis Tamu Desa yang telah dan sedang dibina pada masa ini di Sabah dan Sarawak bagi pelaksanaan fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Premis Tamu Desa Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah sempena Sambutan Irau Rayeh Lundayeh Sabah Kali Ke-16, di sini, pada Jumaat.

Selain itu katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga turut menyalurkan bantuan insentif di bawah Program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK Koperasi) bagi membantu koperasi-koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.

“Antara yang mendapat manfaat daripada program itu ialah Koperasi Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah Sipitang.

“Ini menunjukkan kerajaan khususnya Kuskop sentiasa komited membawa pelbagai kemudahan dan insentif bantuan yang diperlukan oleh komuniti perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dan Koperasi di seluruh negara,” katanya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan