Masyarakat Orang Asli Johor terima peruntukan RM8.3juta

KOTA TINGGI – Masyarakat Orang Asli di negeri ini pastinya beruntung apabila menerima peruntukan sehingga RM8.3juta hasil sumbangan oleh kerajaan negeri dan beberapa agensi berkaitan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan besar itu diberikan bagi tujuan merancakkan program, agenda serta keperluan berkaitan untuk golongan berkenaan dalam usaha memperkukuhkan peranan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

Katanya, peruntukan itu akan memberikan manfaat buat lebih 18,000 Orang Asli di Johor.

“Kerajaan negeri telah menyampaikan peruntukan berjumlah RM900,000 bagi melaksanakan Program Kampung Orang Asli Sejahtera serta penganjuran Program Komuniti, Kebudayaan dan Adat Resam Masyarakat Orang Asli Negeri Johor.

“Sementara agensi dan jabatan kerajaan yang turut menyumbang ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan sumbangan sebanyak RM6.6 juta, FELCRA Berhad RM1.6 juta, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan sejumlah RM188,000.

“Peruntukan ini sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam mengambil peduli terhadap pembangunan golongan ini. Kita mahu ia terus diberi tumpuan sewajarnya bagi menjaga lingkungan semula jadi kumpulan masyarakat ini,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Kebudayaan Orang Asli Negeri Johor di Kampung Orang Asli Sungai Layau, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan, Aznan Tamin serta Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor.

Terdahulu, karnival yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menarik lebih 1,500 pengunjung daripada pelbagai etnik.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri