Istana Pahang lapor polis terhadap Muhyiddin

KUANTAN – Istana Pahang membuat satu laporan polis terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas menonton rakaman video menerusi aplikasi YouTube yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun ketika berada di Istana Abdulaziz.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin sangat bahaya kerana ia secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan kepada institusi Raja-raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat.

“Ia juga bersifat fitnah dan menghasut selain menyentuh isu 3R. Malah, kenyataan tersebut jelas menjejaskan nama baik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Disebabkan itu saya tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan adil, tegas dan tanpa kompromi dikenakan ke atas Muhyiddin,” katanya.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini malam tadi.

Sebelum ini, Amir Syaffiq menjelaskan, rakaman Muhyiddin dilaporkan menyebut Yang di-Pertuan Agong ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah tidak menjemput beliau ke istana negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan mendakwa mendapat sokongan 115 ahli Parlimen.

“Dalam petikan ceramah tersebut, beliau (Muhyiddin) seolah-olah menyatakan Al-Sultan Abdullah gagal untuk menghormati perlembagaan persekutuan kerana tidak melantik beliau sebagai Perdana Menteri.

“Jadi, kenyataan ini adalah bersifat sinis, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah (sebagai Agong pada ketika itu) seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri sedangkan pelantikan dibuat dengan teliti serta mengikut perlembagaan,” katanya.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan