Lebuh raya utama menghala Kuala Lumpur kembali sesak petang tadi

ALIRAN trafik di lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3 petang tadi, susulan hujan lebat di sesetengah tempat dan pertambahan kenderaan menghala ke ibu negara selepas sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan, aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak dari Karak hingga Lentang dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah menghala ke ibu negara.

Beliau memaklumkan, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Tol Juru, Tapah ke Bidor, Sungkai ke Slim River dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.

“Seterusnya di Lebuhraya PLUS laluan E2 menghala utara, trafik perlahan dari Yong Peng ke Pagoh, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Southville ke Bangi.

“Manakala menghala ke selatan, kenderaan bergerak perlahan dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Bandar Ainsdale ke Port Dickson, Pagoh ke Yong Peng dan Simpang Renggam ke Kulai,” katanya.

Jurucakap itu berkata, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah, kesemuanya masih lancar dan terkawal.

“Kesesakan juga berlaku di dalam Lembah Klang di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala utara dari Gamuda Cove ke Putra Heights dan menghala Selatan dari USJ ke Bandar Saujana Putra serta dari Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar,” katanya.

Related Posts

Boleh ambil tindakan undang-undang kes objek jatuh dari angkasa

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya objek yang jatuh dari angkasa mengancam keselamatan negara, termasuk menyebabkan kecederaan kepada rakyat atau kerosakan harta benda. Bagi insiden membabitkan dalam negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berkenan tandatangan RUU Antibuli 2026

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini. Akta itu digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lalu, bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar