Tiga daripada tujuh pekerja maut, terperangkap dalam lubang pembentungan

LENGGONG – Tiga pekerja menemui ajal dalam kejadian terperangkap di dalam lubang pembentungan dipercayai ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah tapak pembinaan yang sedang dibina di Kampung Ibol, Sumpitan di sini pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Sayadon berkata, panggilan kecemasan yang diterima pihaknya sekitar jam 10.08 pagi itu melaporkan tujuh pekerja terperangkap di dalam lubang pembentung.

Ujarnya, ketika sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong tiba di lokasi, ketua operasi dimaklumkan bahawa lima orang pekerja telah berjaya dibawa keluar oleh orang awam.

“Kelima-lima mereka dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan.

“Manakala dua pekerja lagi masih terperangkap di dalam lubang pembentungan itu.

“Saiz lubang pembetung dianggarkan 5.18 meter (m) panjang, 4.11m (lebar) dan 2.4m (dalam),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, ketua operasi melaksanakan pemeriksaan seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap).

Anggota juga diarah memakai Pakaian Perlindungan (PPE) berserta alat pernafasan sebelum turun ke dalam lubang pembentung bagi mengeluarkan mangsa.

Ujar beliau, kedua-dua mangsa lelaki warga tempatan berusia 29 dan 37 tahun yang dikeluarkan disahkan meninggal dunia oleh Pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Anggota mengikat mangsa dengan menggunakan tali sebelum menarik mangsa keluar dari lubang pembentung itu.

“Pegawai Perubatan KKM mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Sayani berkata, seorang lagi mangsa, lelaki warga Indonesia turut disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.

Operasi terkawal sekitar jam 11.05 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 12.25 tengah hari.

Related Posts

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Yayasan Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh