Tingkatkan kesedaran pelihara alam sekitar – Ariffin Mohammad

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) menganjurkan aktiviti pembersihan pantai di Luak Esplanade, di sini pada Sabtu bersempena dengan sambutan Hari Pembersihan Sedunia 2024.

Acara ini melibatkan penyertaan pelbagai pihak seperti penduduk setempat, sukarelawan, dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan pantai serta memelihara alam sekitar.

Menariknya, aktiviti seperti ini juga membantu mengurangkan pencemaran plastik dan sampah di kawasan pantai sekali gus mempromosikan kelestarian ekosistem laut di Miri.

Timbalan Datuk Bandar Miri Ariffin Mohamad berkata acara tersebut turut disertai oleh wakil daripada agensi kerajaan, sektor swasta, organisasi dan sekolah.

“Hari Pembersihan Sedunia adalah program tindakan sosial global tahunan yang dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Program ini bertujuan menggalakkan kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga kebersihan alam sekitar di seluruh dunia,” kata beliau.

Tambah beliau, acara seperti ini juga memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk terlibat dalam usaha memelihara kebersihan dan kesihatan persekitaran sekali gus menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (MPL) yang diusulkan oleh PBB.

“Usaha ini bukan sekadar pembersihan pantai, tetapi juga merupakan sumbangan ke arah mewujudkan dunia yang lebih lestari dan bebas sisa demi generasi akan datang,” ujar beliau.

Jelas beliau, aktiviti ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (MPL) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya dalam menangani kesan negatif pencemaran terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Antara matlamat Majlis Bandaraya Miri (MBM) ialah memupuk budaya kebersihan dalam kalangan masyarakat, menjalin hubungan lebih erat dengan komuniti, badan kerajaan, serta organisasi bukan kerajaan (NGO),” kata beliau lagi.

Selain itu, ujar beliau lagi, program seperti ini bertujuan mengukuhkan ikatan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

“MBM berharap dapat memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama terhadap kebersihan persekitaran, selain memperkasakan hubungan sosial yang lebih kukuh dalam kalangan komuniti,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan