Masyarakat diingatkan bertanggungjawab sebar maklumat

KOTA KINABALU – Masyarakat diseru untuk lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat di platform media sosial, sejajar dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, setiap individu perlu menyedari implikasi terhadap ketenteraman awam sebelum menyiarkan sesuatu maklumat.

“Tindakan menyebarkan kandungan tanpa mengambil kira risiko terhadap keselamatan dan keharmonian masyarakat dianggap sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Jika sesuatu siaran mengandungi elemen yang boleh disiasat di bawah undang-undang jenayah, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Masyarakat digesa untuk mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi dalam setiap perkongsian di media,” katanya semasa sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sabah bagi bulan Februari 2025 anjuran Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jauteh berkata, bagi usaha menangani penyebaran maklumat yang tidak bertanggungjawab, kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus diperkukuh.

“Memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan sedia ada.

“Diharapkan masyarakat dapat mengamalkan sikap berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti dalam setiap penyiaran media bagi memastikan kesejahteraan bersama,” ujar beliau.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak