MASWing sah milik Sarawak

KUCHING – Sejarah penerbangan tanah air tercipta apabila syarikat penerbangan MASWings sah menjadi milik Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, MASWing sah menjadi milik Sarawak apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan mengenai harga aset.

Selain itu, jelas beliau, majlis rasmi untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) ini akan dilakukan dalam masa kurang daripada sebulan dan dijangka akan dilakukan di Kuching, Sarawak.

“Yang pasti, urusan pengambilalihan MASWing sudah pun selesai,” kata beliau kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Isnin.

Selain itu, Abang Johari berkata, pengambilalihan MASWing mampu menjadi Sarawak sebagai pintu masuk ASEAN.

“Matlamat kita adalah menjadi Sarawak sebagai pusat perdagangan utama dan melonjakkan industri pelancongan dalam tempoh lima tahun,” kata beliau.

Ujar beliau, pengambilalihan MASWing menjadi bukti kebanggaan Sarawak dan autonomi dalam sektor penerbangan.

Related Posts

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

SEPANGGAR – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) berjaya menarik lebih 3,000 orang menghadiri wacana ilmu bertajuk ‘Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera’ di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar