
PASTI ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2025/2026. Menerusi artikel ini, dikongsikan cara-cara untuk menyemak keputusan MRSM melalui dalam talian. Dah, apa tunggu lagi jom semak sekarang!
Bagi tahun 2024, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara dalam talian dengan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing mulai 13 Januari bagi ambilan pertama.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM.
Tarikh Semakan MRSM 2025

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 boleh disemak mulai 13 Januari 2025 pukul 12.30 tengah hari.
Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tawaran kemasukan tersebut adalah berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4.
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 SESI 2025/2026
- Semakan Pertama : 13 Januari 2025
- Semakan Kedua : 27 Januari 2025
- Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
- Semakan Keempat : 17 Mac 2025
𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1

𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟰
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4

Cara Semakan Keputusan Permohonan MRSM
Calon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:
- TINGKATAN 1
https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1 - TINGKATAN 4
https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4 - Laman web rasmi MARA : https://www.mara.gov.my/
- Laman sosial rasmi MARA : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
- Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel pengambilanpelajar@mara.gov.my atau
- melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483





