Masjid Tanah ‘tenggelam’ dilanda banjir kilat

MASJID TANAH – Hujan lebat berterusan sejak pukul 7 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat termasuk di Masjid Tanah.

Bencana itu turut dikongsikan oleh pengguna media sosial dengan memaparkan Pekan Masjid Tanah dan kawasan perumahan di Taman Masjid Tanah Ria dinaiki air sehingga paras pinggang.

Beberapa laluan utama juga dikatakan telah terputus disebabkan bah, selain Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak menutup sementara bekalan elektrik di kawasan terjejas.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, banjir kilat yang melanda kawasan itu hari ini merupakan antara yang terburuk pernah dialami apabila pusat khidmatnya turut dinaiki air.

“Saya difahamkan ramai terputus hubungan di kampung-kampung. Pihak agensi juga sedang bertungkus-lumus untuk bantuan keselamatan. Mohon doakan kami semua dipermudah urusan dan warga Masjid Tanah selamat,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu