Dua penganggur ditahan disyaki proses air ketum

RANAU – Polis Daerah Ranau telah berjaya membuat rampasan dan menahan dua individu menerusi Ops Tapis pada Jumaat atas kesalahan memilki air ketum serta peralatan pemprosesan bahan tersebut.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Ranau, serbuan dilakukan di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Matan di sini dan berjaya menahan seorang penganggur berumur 34 tahun.

“Semasa operasi serbuan dijalankan, pihak polis menjumpai peralatan untuk memasak air ketum bersama suspek yang berada di dapur, 13 botol berisi air warna hijau gelap disyaki air ketum, lebih kurang satu kilogram disyaki daun ketum yang telah diproses,” kata kenyataan di Facebook Rasmi IPD Ranau pada Sabtu.

Sementara itu, di lokasi berlainan di Kg. Dumpiring, Kundasang anggota operasi telah menangkap seorang lelaki berusia 38 tahun.

Dalam serbuan, ditemui sebanyak 23 botol air minuman 1, 500 mililter (ml) digunakan bagi menyimpan air mengandungi cecair berwarna gelap disyaki air ketum.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis