Kerajaan Johor beri semangat kepada atlet keirin

KERAJAAN Johor meluahkan rasa bangga terhadap pemain kelahiran Muar, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya mara ke suku akhir acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

Justeru, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran Facebook beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Johor untuk memberikan sokongan kepada pemain berusia 28 tahun ini.

“Ayuh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor! Sama-sama kita doakan kejayaan dan memberikan sokongan penuh kepada Shah Firdaus, dalam misi memburu pingat emas pertama negara di Olimpik Paris 2024.

“Atlet kelahiran Muar ini merupakan sebuah manifestasi kejayaan itu datang seiring dengan usaha yang tidak pernah padam.

“Ayuh Shah Firdaus! Insya-Allah, seluruh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor, akan terus menyokong dan berdiri teguh di belakang anda,” katanya hari ini.

Pusingan suku akhir itu dijadualkan pada jam 11.29 pagi Ahad (5.29 petang waktu Malaysia), diikuti separuh akhir sejam kemudian dan final pada jam 1.32 tengah hari (7.32 malam waktu Malaysia).

Pemenang dua gangsa Sukan Asia itu kini menjadi satu-satunya harapan rakyat Malaysia dalam suku akhir acara keirin lelaki pada temasya itu di Velodrom Saint Quentin en Yvelines petang ini.

Semalam, jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan seawal pusingan pertama acara itu.

Related Posts

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

TEBRAU – Kerajaan Negeri Johor digesa supaya segera menilai semula mekanisme agihan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 susulan dakwaan proses tuntutan yang menyukarkan penerima khususnya golongan warga emas. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah