Masalah status kewarganegaraan tak patut ada – Tunku Temenggong Kedah

TUNKU Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengecam sekeras-kerasnya masalah penduduk tanpa status kewarganegaraan di Malaysia, dengan menyifatkannya sebagai isu kemanusiaan yang tidak seharusnya wujud dalam masyarakat moden.

Tunku Puteri Intan, yang juga pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), menekankan kesan serius masalah itu, terutama berhubung kehilangan potensi di kalangan kanak-kanak yang terkesan.

“Saya fikir ini tidak patut wujud dalam masyarakat kita.

“Jika kita lihat kanak-kanak dan potensi yang kita hilang, ia satu isu serius. Ini isu kemanusiaan,” katanya.

Tunku Puteri Intan menyuarakan kebimbangannya ketika menemani kanak-kanak 10 tahun, Muhammad Danish Haiqal Abdul Rahman menerima status kewarganegaraan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Muhammad Danish sebelum ini tampil bersama-sama Tunku Puteri Intan dalam satu dokumentari baru-baru ini.

Tunku Puteri Intan turut menekankan kepentingan kesedaran masyarakat serta peranan persatuan seperti PBSM dalam mendepani isu itu.

Masalah yang dihadapi Haiqal memaparkan kerumitan masalah penduduk tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

Ibu angkatnya, Hazlina Hamzah menyatakan ibu kandung Haiqal – yang tiada status kewarganegaraan – menyerahkan amanah menjaga kanak-kanak itu ketika dia baru berusia 3 bulan.

Haiqal ada lapan lagi adik beradik yang turut berdepan masalah sama. 

Proses permohonan kewarganegaraan Haiqal mengambil masa lima hingga enam tahun, dengan sokongan kuat daripada NGO, terutama Pembangunan Sumber Manusia untuk Kawasan Luar Bandar (DHRRA).

Ribuan lagi perlu bantuan

Organisasi itu menganggarkan ada kira-kira 16,000 penduduk tanpa kewarganegaraan di Semenanjung, walaupun Saifuddin berkata angka itu sudah berkurang kepada 9,000.

Saifuddin menyatakan kesediaan untuk menangani masalah itu, dengan membangkitkan pertemuan dengan Suhakam dan Malaysian Citizenship Right Alliance (MCRA) baru-baru ini.

Beliau turut menekankan keperluan untuk satu prosedur operasi standard (SOP) dalam permohonan kewarganegaraan.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen