Masalah anjing liar perlukan kerjasama penduduk, MPKj

Oleh: MK MUBIN

BANGI – Masalah anjing liar yang berkeliaran di beberapa kawasan perumahan di sekitar Bangi terus menimbulkan kebimbangan penduduk, khususnya melibatkan isu kebersihan, keselamatan dan ketenteraman awam.

Penduduk mendakwa kehadiran anjing liar yang berkumpul di kawasan perumahan seperti Taman Awani Bangi menyebabkan gangguan berterusan apabila haiwan berkenaan meninggalkan najis serta berkeliaran tanpa kawalan, sekali gus menjejaskan keselesaan komuniti setempat.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan terhadap risiko keselamatan apabila anjing liar dilaporkan mengejar orang awam, termasuk kanak-kanak, di beberapa lokasi seperti Bandar Teknologi Kajang dan Eco Forest.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengakui menerima aduan berhubung isu tersebut dan memaklumkan bahawa operasi tangkapan anjing liar dilaksanakan secara berkala mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPKj) 2007.

Bagaimanapun, MPKj menjelaskan bahawa sebahagian operasi tidak mencapai hasil yang diharapkan berikutan anjing tidak berada di lokasi semasa operasi dijalankan, selain faktor penduduk yang memberi makanan kepada anjing liar sehingga menggalakkan haiwan berkenaan terus berada di kawasan terbabit.

“Amalan memberi makan bukan sahaja menarik lebih banyak anjing liar, malah turut menyebabkan masalah kebersihan seperti kehadiran tikus dan nyamuk Aedes,” menurut pihak berkuasa tempatan itu.

Sehubungan itu, penduduk disaran agar tidak memberi makan anjing liar dan bekerjasama dengan MPKj dalam menyalurkan maklumat serta aduan secara berterusan bagi membolehkan tindakan lebih berkesan diambil.

MPKj turut menekankan keperluan penguatkuasaan terhadap pemilik anjing yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran tanpa pengawasan, memandangkan sebahagian anjing liar dikenal pasti berasal daripada haiwan peliharaan yang terbiar.

Kerjasama berterusan antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan dilihat penting bagi memastikan persekitaran perumahan kekal bersih, selamat dan kondusif.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang