Maritim Malaysia tahan bot nelayan tangkap ikan kurang dua batu nautika

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan di sini pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas-Umas pukul 2.15 petang.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati ketiga-tiga lelaki warga Indonesia yang merupakan seorang juragan dan dua awak-awak berumur 30 hingga 45 tahun melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan.

“Mereka kemudian ditahan manakala bot dan muatan hasil laut dengan anggaran nilai RM76 ribu turut dirampas untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Jelas Shahrizan, pihaknya menerima keluhan dari nelayan pantai yang terjejas dengan kehadiran bot pukat tunda yang melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat berhampiran daratan.

“Aktiviti menarik pukat ini boleh merosakkan ekosistem laut, merosakkan peralatan menangkap ikan nelayan kecil dan aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisional di kawasan pantai.

“Justeru, orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global