
KUCHING – Minuman keras dan pelbagai jenis rokok berjaya dirampas oleh pasukan Polis Marin Sarawak.
Komander PPM Wilayah 5, ACP AB Rahman Mat Hassan berkata, pihaknya bertindak atas maklumat ketika menjalankan Op Taring Landai.
Beliau berkata, lebih kurang 11 pagi pada 6 Februari, Polis Marin Sarawak menahan warga lelaki tempatan ketika memeriksa sesebuah premis perniagaan.
“Hasil pemeriksaan mendapat pelbagai minuman keras dan jenis rokok yang tidak bercukai dan tidak mempunyai pelekat Kastam Diraja Malaysia,” jelas beliau.
Tambah beliau, suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan barang rampasan tersebut diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjut.
Akta Kastam 1967 memperuntukkan sesiapa yang memiliki, menyimpan, menyembunyikan atau mempunyai apa-apa barangan tidak berkastam atau larangan, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.





