Maritim Kudat tumpaskan cubaan seludup barang kawalan, tahan tiga warga asing

KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Kudat berjaya menahan tiga warga Filipina dalam cubaan menyeludup keluar barang kawalan di kawasan perairan daerah itu, di sini, pada pagi Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kesemua tahanan berumur antara 20 hingga 21 tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, berjaya diberkas beserta anggaran nilai rampasan lebih RM21,000.

“Hasil maklumat risikan Unit Perisikan pihaknya berjaya mengesan aktiviti pemunggahan minyak dan barang kawalan di perairan itu sekitar pukul 12.13 tengah malam.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, aset rondaan Maritim Malaysia segera digerakkan ke lokasi untuk pemantauan.

“Setibanya di lokasi, sebuah bot mencurigakan dikesan berada di kedudukan kira-kira 4.2 batu nautika timur laut Pulau Tiga dan dipercayai sedang menuju ke sempadan Malaysia dan Filipina dikendalikan oleh tiga suspek berkenaan.

“Pemeriksaan dilakukan setelah pihak Maritim berjaya memintas bot berkenaan dan mendapati bot itu membawa enam tong berwarna biru berisi minyak petrol, 100 pek tepung gandum dan 120 pek gula yang dipercayai cuba diseludup keluar,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hasbullah menjelaskan, suspek bersama bot dan kesemua barang rampasan kemudian dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit sah, dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002.

“Zon Maritim Kudat menyeru masyarakat, khususnya komuniti Maritim di kawasan itu agar bekerjasama dengan pihaknya dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah maritim.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui talian Pusat Operasi Kudat di 088-611858 atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” ujarnya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen