MARA nafi lantik orang tengah urus pinjaman

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan khidmat ejen untuk berurusan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MARA tidak pernah melantik atau mengiktiraf mana-mana orang tengah.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta melaporkan kepada beliau sekiranya ada pihak yang mengaku sebagai orang tengah dan akan meminta pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

“Menyirap darah saya apabila seorang hamba Allah mengadu kepada saya semalam di Kluang, Johor bagaimana dia terpaksa bayar RM5,000 kepada seorang ejen yang mendakwa boleh bantu percepatkan proses pinjaman perniagaan daripada MARA.

“Saya beritahu dia MARA tidak pernah iktiraf mana-mana ejen atau orang tengah untuk berurusan dengan MARA,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Asyraf berkata, mana-mana pihak yang mendakwa sebagai orang tengah atau ejen adalah ‘scammer’ atau penipu yang cuba mengaut untung atas angin.

“Jika ada pegawai MARA yang terbabit, maka MARA tiada kompromi dan akan ambil tindakan tegas terhadap mereka yang seleweng dan culas dalam menjalankan amanah,” katanya.

Related Posts

Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026