Kastam Melaka rampas kereta sport, serbuk biji timah 5,000kg

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan dari negara jiran selepas menyita seberat 5,000 kilogram (kg) serbuk biji timah baru-baru ini.

Pengarahnya, Nadzri Che Ani dalam kenyataannya menjelaskan timah tersebut dibawa masuk dalam bentuk serbuk sebelum dibungkus ke beberapa beg plastik guni untuk pasaran sektor perindustrian seperti kilang pembuatan tin.

Menurutnya, sindiket itu dikesan menggunakan laluan perairan negara berhampiran bandar Mersing, Johor pada waktu pagi dengan menggunakan sebuah bot.

Tambah beliau, JKDM turut menahan seorang pemandu lori bersama pembantunya masing-masing berusia 30 dan 40-an selepas gagal mengemukakan bukti dokumen percukaian yang sah.

“Jumlah rampasan dan sitaan membabitkan sebuah lori dan serbuk timah dianggarkan berjumlah RM450,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Mengulas lanjut, Nadzri turut menambah dalam kes berasingan, pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah jenama Lotus bernilai RM531,960 di sebuah pusat beli-belah di Selangor, pada Julai lalu.

Menurutnya, kereta sport berwarna putih itu dipercayai diseludup dari Singapura untuk diedarkan di negara ini dan kenderaan terbabit diletakkan di parkir pusat beli-belah berkenaan selama tiga bulan bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Bertindak atas maklumat risikan, pasukan berjaya mengesan dan menyita kereta itu dipercayai diseludup dan diletakkan di kawasan tempat letak kereta awam.

“Dalam tempoh tiga bulan ini juga bermula Julai hingga September JKDM Melaka berjaya menumpaskan pelbagai kegiatan penyeludupan bernilai RM1.2 juta, termasuk tembakau, rokok, minuman keras dan dadah,” katanya lagi.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

KOTA MARUDU – Setiap pandangan dan keluhan masyarakat setempat berkenaan pendidikan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, termasuk status semasa SMK Langkon. Menurut Ketua Cabang PKR Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET