Malaysia-Tajikistan perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan hormat Duta Besar Tajikistan ke Malaysia, Ardasher Saeedjaafar Qodiri, hari ini.

“Selesai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya menerima kunjungan hormat daripada Ardasher Saeedjaafar Qodiri, Duta Besar Tajikistan ke Malaysia.

“Dalam pertemuan ini, kami membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Tajikistan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan,” katanya menerusi laman X.

Beliau berkata, memandangkan Malaysia dan Tajikistan berkongsi banyak nilai bersama, kerjasama lebih erat akan membuka peluang baharu bagi kedua-dua negara.

Tajikistan, sebuah negara bekas Republik Soviet, mempunyai populasi kira-kira 10 juta orang dan bersempadan dengan Afghanistan di selatan, China di timur, Kyrgyzstan di utara serta Uzbekistan di barat.

Related Posts

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

PUTRAJAYA – Panduan pelarasan Perbelanjaan Mengurus (OE) bagi semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF), pada Rabu hanya membabitkan perbelanjaan tidak kritikal. Kementerian itu menjelaskan, bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri